BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, February 15, 2014

...........diri keseorangan..

ketika kita keseorangan
dimana mana kita tiada kata
seorng diri mencari dan mengenang
akan memori yg tidak akan pulang

biarlah luka pergi bersama debu
dikala kini di musim kemarau
segersang diri yang sudah tepu
digersak dan dipandang lemau
oleh mata yang terlebih menilai
oleh mata yang tidak sempurna melihat
sucikah dia jika bisa menutur bunga indah
bisa memautkan kepercayaan palsu
agar mata itu terus terpesona
dengan  setiap sebutir bicara yang penuh fatamorgana

usah mengenang luka semalam
jika setiap yg dikenang bakal mngguris
sehingga luka tidak bisa sembuh
seperti juga memori semalam.
selagi dilayani selagi merosakkan diri
setiap jalan cerita telah pun ditulis
jangan terus membaca jalan yg telah ditulis,
carilah jalan lain untuk melangkah
carilah skrip dan penulisan yg baik
agar takdir pengakhiran jalan penulisan kita
memberi kebahagiaan yang kekal abadi
di syurga Allah

mungkin jalan skirp yang kita pilih
perlu disambung dr skrip sebelumnya
yang penuh pahit dan perit
penuh liku dan ranjau untuk kita gapai rahmatNYA
namun dia tidak akan campakkan kita
ke lembah hina dan jauh drNYA
jika kita sentiasa ada DIA
di dalam seketul daging yang dicptaNYA

Mungkin mata yang melihat jalan kesinambungan
skrip kita jauh terpesung dariNYA
kerana kita bukan insan terpilih
untuk menerima takdir seindah mata yang memandang itu
kita insan yang amat bertuah
diberi skrip yang cukup mencabar
sebagai ganjaran di setiap corak
penulisan yang kita akan pilih.
cuma jangan kita leka dengan ranjau itu
kerana ranjau itu penuh berliku
jika tersalah pilih jalan kesinambungannya
mungkin kita jauh tersesat dan terleka
dan ketika itulah..
mata yang memandang akan
memandang sinis, pesimis dan sakartik
di setiap kerja laku kita.

seketul daging dalam badan
perlu diasuh
bukan untuk kebendaan,bukan untuk penghargaan
tapi untuk kita mengisi masa yang diberi Allah
sebelum dibawa bekalan bertemunya
bukan mudah hendak ihklas
setelah jalan ini kita pilih
tp biarlah DIA yang menilai
sejauh mana kerja laku kita itu di sisiNYA


Tuesday, February 4, 2014

musim sejuk hadir dan pegi

tetiba je sejuk di putrajaya..
tp itu 2 minggu yang lepas
tatkala heboh dengan peubahan angin dr china ke asia tenggara
dapat gak merasa angin sejuk dr China..so xperlu la nk ke sana
betul la kata orng kita mmng ebrkongsi angin yang sama n oksigen yang sama
kerana bumi ini satu yang diciptakan oleh yang Maha Satu

sume orng update facebook pasal sejuk, salji yang akan turun di Malaysia
wow!!!
salji tu...
so xpayah nk pegi london ka uk ka..
tunggu jela tahun depan..kalu dipanjangkan umur..

seronok kan ade salji di malaysia..
ermmm..bila difikirkan impaknye..

negara kita beriklim khatultistiwa.bolehkah tumbuhan tropika hidup? boleh haiwan2 yg di asia hidup??
manusia mmng boleh adaptasi di mana2..
jika haiwan ternakan dan tumbuhan mati..bagaimna sumber mkann kita?
ermm..sumber bahan mentah seperti getah,kelpa sawit..sume akan mati..
apa akn berlaku pada malaysia?

itu fikiran jangka masa pangjang aku sahaja..
dek keran sume orng mcm syok je duk tunggu salji nk turun thun depan..
wallahualam..
peracangan Allah mengatasi perancangn kita

actually xtau nk tulis ape sejak hampir 2 bulan meninggalkan blog ni...


Friday, September 27, 2013

aku muslimah sejati

Bagaimana agaknya kita tanpa agama
Bagaimana agaknya aku tanpa agama
Dulu aku pernah terlintas mahu jadi macam dia
Dia ialah jiran cinaku
Hidupnya sangat baik bersama keluarga yang baik
Cina yang baik dan elit

Suatu hari,
Aku dan jiranku,
Sama usianya
Berjumpa di situasi yang berbeza dan fikrah yang berbeza
Dia makin hanyut.
Dia memang Berjaya
Dia memang cemerlang
Tapi dia kulihat macam belum puas
Mencari kebahagiaan diri sendiri

Aku,
Yang dulu pernah impikan untuk berada di tempatnya
Bersama keluarganya
Kini bersyukur
Dijadikan diri ini
Dalam keluarga ini
Biar kadangkala masih lalai
Kadangkala masih mencari halatuju
Kadangkala masih terumbang ambing
Kadangkala masih sesak bernafas
Aku bahagia bersama keluarga ku
Bersama lengkap keluargaku
Aku ada semua
Arwah abang-abangku, abang,kakak-kakakku, dan arwah adikku
Aku sudah punyai semua.
Walaupun tidak pernah berjumapa abang-abang kembar
Walupun tidak bisa dan pernah jumpa arwah adik lelakiku.
Aku bahagia...
Kerana aku yakin akan berjumpa mereka di sana..
Aku akan berjumpa mereka di syurga

Alhamdulillah
Walaupun tidak bisa hidup mewah
Tidak bisa makan mkanan mahal dan lazat
Tidak bisa memakai pakaian mahal dan berjenama
Aku bisa rasai keindahan itu semua dalam sebuah keluarga

Terima ya Allah
Kerana jadikan aku muslim
Kerana jadikan aku sebenar benar muslim
Aku bangga dengan gelaran ini

Aku muslimah sejati…

Dapat barang redeem WCT.. 8)

Setelah hampir 3 bulan lebih di WCT ini, barula harini aku dapat barangan redeem dr uncle canteen WCT..
Yeayyy..layan gmabr yg x seberpa ni… 

nilai barang2 ini campur 5kg sabun breeze liquid ialah rm60..
aku blik maggie 3 bungkus berlainn perasa n hot choc n sabun breeze da bawak blik umah nk guna basuh baju..heheh

Bayangkan rm 60 tuu..selama seblan x mkn kat kantin WCT gara2 da xlalu lauk msakan uncle yg sama ja..xrasa pedas xde rasa kemelayuan lansung..tp kekdang xbaik gak…Allah dab g rezeki makanan pon bnyk je komplen..astaghfirullah al azim

Untuk uncle..tq la coz da blikan barang saya walupuun untuk kupon bulan 8 je..bulan 6 uncle xbli lg..depa ni suruh aku g followup n tnya selalu..aku ni mmng jenis mls kot nk g tnya ari2..segan juga..mcm terdesak..tp ini hak kita n duit kita yg WCT bg..klu x claim ngn uncle..sedap la uncle dpt duit tu free dr WCT..ermm..btol gak tu..


So rehat td aku n fiqa sanggup xg mkn semata2 nk g giant coz nk amik gambr brngn plus harga sekali..coz klu nk redeem ngn uncle kena kasi gmbar plus harga skali..coz senng dia nk tolak ikut kupon kita..tp kita kna mark up hrga brang tu lebih skit dr harga biasa kerana uncle akan cas untuk servis penghantarn n pembelian di kedai..xpela la..asalkan ade brng gak dr xde…

so inilah antara barang2 yg aku servey untuk di redeem kan ngn uncle if aku masih di HQ pada bulan hadapn..heheheh














inilah kupon bulan WCT untuk bebudak yg duk HQ..kupon ni kalu dikir arm 3 ja sehari.(rm3 x30)..haaaa..bykanklu x mkn guna kupon boleh bersih 90 hengget,,sapa nk bagi tuu...

Monday, September 9, 2013

Tersingkap yang Fana


Segala prejudis sudah ternyata
Segala ekspresi sudah di muka
Segala kondisi bagaikan buta
Bila segala tribulasi dibiarkan sahaja
Oleh mereka yang berpangkat dan berharta

Rakya dibiar hidup derita dan merana
Mencari definisi hidup yang didamba
Pelbagai janiji penguasa dikota
Tapi sampai bila rakyat ini perlu diaota
Dipinggir tika tiada guna
Dicari bila perlu suara dan undinya

Kenaikan matawang dunia makin dirasa
Ringgit kita menjunam kira
Bagaimana mampu kita merasa selesa
Jika penguasa hanya pejamkan mata
Yang sederhana bisa hidup semampunya
Yang miskin bertambah peritnya
Yang kaya hanya memandang tanpa rasa.

Inilah kehidupan dunia
Bila yang berkuasa tiada nilai rasa
Rakuskan dunia, akhirat ditinggal buta-buta
Beginila nasib kita manusia di hujung dunia
Yang kaya akan terus kaya
Yang miskin akan terus merana
Yang sederhana hanya dengan angan-angannya.

Bila cuba membangkang dikira pengganas
Bila diikut dikira pak turut
Bila berkecuali dikira pengecut
Inilah presepsi manusia yang jelas
Bila berpegang pada satu iktikad
Duit itu segala dan bebas
Maka yang fana akan tersingkap

Oleh jiwa yang inginkan timbal balas

Thursday, August 29, 2013

DIA


Wahai DIA..
Dia hadir dalam hidupku tanpa kuminta
Dia  hadir tika diri ini tiada siapa
Dia hadir hulurkan rasa
Dia  pergi tanpa sapa

Wahai Dia
Saat ini memori itu datang
Saat ini hati rasa sangat sayang
Bila teringat akan kenangan
Antara kita berdua
Di kala hati sama-sama sakit
Di kala hati sama-sama marah
Kita saling sama meluah

Wahai DIa
Saat kau senyap dan sendu
Hatiku mula terkedu
Dikala sapaanku
Tiada jawapan darimu
Kau diam tanpa kata
Sehingga dirimu kutahu sudah berpunya
Kini ku tahu apa maksudnya
Diam dan kelu tanpa berbahasa

Wahai Dia
Kau hadir tanpa aku minta
Kau sapa tanpa ku sangka
Tapi bila tiba saat bahagia
Akhirnya aku hidup seorang merana

Wahai Dia
Tahniah diatas segala
Tahniah kau sudah Berjaya
Melukai hati dulu kau puja
Tanpa beri seribu kata
Ia berlaku salah siapa
Aku bukan insan sempurna
Bisa tahu apa kau rasa
Aku bukan wanita yang sempurna
Bisa jadi setanding kau di sana

Wahai Dia
Semoga Dia berbahagia
Disamping insan baru dicinta
Aku hanya menumpang rasa
Di ruangan kalbumu semata
Hatiku sakit dan gembira
Melihat Dia disamping yang dicinta
Membayang jika aku ditempatnya
Suatu masa dahulu kala
Memang itu suratanNYA
Kita hanya manusia biasa
Hati kita Allah yang cipta
Setiap yang terjadi sudah di tulisNYA
Namun Dia masih dihati
Mengapa sukar aku hindari
Adakah dia sesempurna lelaki
Yang pernah aku kenali..

Wahai Dia
Jangan bimbang dan gusar
Ini hanya warkah hati yang  tercalar
Bisa disembuh namun berbalar
Akanku tunggu dengan sabar
Saat itu  penuh debar
Moga ada berita akan ku khabar
Jika dirimu sudi mendengar..

Namun satu kau harus tahu
Sehingga kini belum kutemu
Insan polos seperti kamu
Bisa buat aku tersenyum sipu
Dengan lagakmu yang amat kurindu
Saat kau perlukan aku
Disaat resah dan jiwa kelabu..

Ketahuilah wahai Dia
Aku masih merinduimu dan mengingatimu
Walau dirimu bukan untukku..





Tuesday, August 27, 2013

PUISI CABARAN CINTA


Cinta kita diuji
Bukan kerana cinta suci
Tapi ini sudah dimeterai
Dalam sebuah ikatan janji
Antara kita dan Ilahi

Apakah kita harus pejam mata
Sekiranya kita dibiar hidup sengsara
Tanpa cinta dan kasih segala
Bagaimana hidup tanpa DIA
Biarlah kita rasai kehadirannya
Bukan untuk memisahkan kita
Tapi untuk menyedarkan kita
Cinta ini dari DIA dan KernaNYA

Bagai Malam tiada kelam
Bagai siang tiada sinaran
Kita lupa arti sebenar kehidupan
Bila kita lupa DIA difikiran
Bagaimana Siang itu diberi sinaran
Bagaimana malam itu ditutupi pancaran

Kisah cinta biarkan hilang
Jika ia membawa rintang
Biarlah DIA yang maha Rancang
Tentang kisah percintaan yang panjang
Tiada jawapan dan soalan
Bagi mereka yang sudah diyakinkan
Bahawa setiap insan sudah dijanjikan
Kisah cinta yang berkekalan
Sehingga tiada rasa perlu coretkan
Tiada kata perlu diungkapkan
Tiada budi perlu dilunaskan
Tiada jiwa perlu dikorbankan

Hanya perlu kentalkan rasa
Kuatkan jiwa di raga
Agar cabaran ini dapat teroka
Bukan hanya cabaran cinta insan semata

Inilah cabaran cinta dari yang maha Esa..