BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 11, 2010

AtAs NaMa CInTA

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

lagu ni aku dengar time on da way nak balik ganu..dalam kete..tetiba senikata dia buat aku terpikir sendiri..

susahnya kita nak dapat cinta hakiki..walupun ia da ade depan mata kita..kita pasti cari cinta yang fana..tapi x bleh salahkan diri...kerana Allah ciptakan kita dengan perasaan ini disayangi dan menyanyangi, mencintai dan dicintai..oleh itu..kita sebagai hamba Allah cubalah menghargai cinta Allah yang datang kepada kita setiap ketika.. berbanding cinta fana yang entah bila akn kunjnng tiba...

Saturday, April 10, 2010

KeRedHaAnMU KuDAmbakan..Redhakanlah..wahaI Hati.

Wahai Allah,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku nyatakan
dan apa yang aku rahsiakan,
Semoga Engkau terima keuzuranku,
Engkau mengetahui hajatku,
Semoga Engkau kabulkan permohonanku,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diriku,
Kerana itu aku mohon keampunan Mu,

Wahai Allah,
Aku meminta kepadaMU,
keimanan yang kukuh dihatiku,
dan keyakinan yang benar-benar,
sehingga aku mengetahui tidak ada apa yang menimpa diriku
kecuali apa yang telah ditakdirkan untuk diriku,
dan semoga Engkau jadikan diriku
selalu meredhai apa yang ditakdirkan kepadaku,
Wahai Tuhan Yang maha Besar dan Maha Mulia.



Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

petikan dari seorng sahabat..ku amat menyukai ayat2 ini...