so aku kena berhati2 dengan dunia kini..
Thursday, January 29, 2009
setiap benda yang terjadi memang menguji kesabaranku
so aku kena berhati2 dengan dunia kini..
Posted by shirah abdullah at 12:41 AM 0 comments
Wednesday, January 14, 2009
Cinta terakhir
Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman
Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan cinta kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
C/o:Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya takdir dari Tuhan
Posted by shirah abdullah at 7:14 PM 2 comments
Monday, January 12, 2009
BOIKOT!BOIKOT! jangan beli product US! FREE for PALESTINE!!!
CLINIQUE,DISNEY,SANEX,MAYBELLINE, NESTLE,REVLON,LOREAL,KLEENEX.....
Posted by shirah abdullah at 5:43 PM 0 comments
Wednesday, January 7, 2009
bila ALLAH berbicara
salam..
apabila bercakap tentang alam, ramai mentafsirkannya mengikut definisi sendiri.. dan itulah anugerah yang maha hebat yang Allah berikan kepada semua ummatnye..
apa yang kita tak sedar kemusnahan hari ini adalah kerana perbuatan kita yang menyalahgunakan anugerah maha hebat yang Allah berikan..
banyak kita dengar tentang masalah alam sekitar, antarnya pencemaran air sungai klang, pencemaran uadara proses pembangunan pesat dan penambahan pengangkutan, banjir yang berlaku tidak kira musim,tanah runtuh yang baru2 ini terjadi di bukit angkasa merupakan antara kemuncak natijah kemerosotan dalm pemuliharaan alam sekitar...
ummat manusia begitu rakus mengejar harta dunia dan dikaburi pembangunan yang tinggi melangit hingga lupa akan Penciptanya..dan NAH...bila ALLAh mula berbicara...Bila ALLAh telah menunjukkan kuasanya...apa yang kita mampu buat??
bicaraAllah sungguh halus..hanya mereka yang beriman dan bertaqwa memahami bicara halus itu...tapi apa akan terjadi kepada ummat manusia yang alpa??
mereka hanya merasakan ia hanya fenomena biasa apabila hutan ditarah..maka tiada cengkaman tanah menyebabkan berlaku hakisan tanah..berlakulah runtuhan bukit yang sepatutnya menjadi pasak bumi.. begitu juga fenomena banjir hari ini disebabkan oleh pemansan global yang berlaku kerana penipisan ozon.tapi apakah maksud tersirat di sebaliknya??apa yang Allah nak kita sedar disebalik kejadian itu?? JANGAN ALPA dengan DUNIA ini..jangan terlalu taksub mencari wang sampai boleh merosakkan Alam semesta...itu da main point yang Allah nak sampaikan..
Posted by shirah abdullah at 9:23 PM 0 comments
Peranan Ummah dalam menjaga Alam Semesta
From IKIM
MASALAH alam sekitar seperti pencemaran, penebangan hutan, pengurangan sumber bumi dan sebagainya telah lama mengakibatkan hilangnya keseimbangan kepada alam.
Permasalahan ini sering menjadi perbincangan hangat pada setiap lapisan masyarakat dunia. Sesungguhnya krisis ini telah menjadi begitu parah sehingga setiap kerajaan di dunia berusaha mengambil tindakan bagi menanganinya.
Dalam hal ini apakah pandangan Islam terhadap permasalahan alam sekitar?
Adakah Islam mempunyai penyelesaian terhadap kemelut yang berterusan ini atau mempunyai satu garis panduan yang boleh diikuti dalam hubungan manusia dengan alam sekitar.
Kebelakangan ini terdapat salah faham di kalangan umat Islam yang tidak mendalami ilmu dan peradaban Islam dengan beranggapan bahawa permasalahan serta isu-isu berkaitan alam sekitar adalah perkara yang tiada hubung kait dengan ajaran Islam.
Mereka beranggapan pemuliharaan alam sekitar dan hal-hal yang berkaitan dengannya tidak termasuk dalam ruang lingkup Islam.
Hakikat sebenarnya ialah segala hal yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar dan pelestariannya sangat berkait rapat dengan ilmu-ilmu Islam yang dasar.
Ilmu-ilmu Islam dasar tersebut ialah, kefahaman dan pendidikan alam sekitar serta kaitannya dengan ilmu Usuluddin, etika, fikh, usul fikh ( maqasid syariah) dan ilmu al-Quran dan sunah.
Ilmu usuluddin (ilmu tauhid) mempunyai hubungan yang erat dengan hal-hal yang berkaitan pemuliharaan alam sekitar serta semua elemen yang berada dalamnya, sama ada makhluk yang hidup atau mati, berakal atau sebaliknya.
Semua elemen ini merupakan petunjuk yang nyata akan wujudnya Allah Maha Pencipta.
Manusia pula memiliki peranan yang amat penting dalam memelihara dan memulihkan alam sekitar.
Peranan manusia adalah semulia-mulia tanggungjawab yang dipikul ke atas setiap orang Islam dan tanggungjawab ini boleh dibahagikan kepada tiga tujuan yang utama.
Tujuan pertama, mengabdikan diri kepada Allah, sebagai wakil (khalifah) di muka bumi dan membangunkan peradaban. Ibadah ini meliputi segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah baik berupa perkataan ataupun perbuatan.
Dalam konteks ini, bentuk ibadah itu mencakupi segala aspek kehidupan.
Tujuan kedua, sebagai khalifah Allah di atas muka bumi, agar ia dapat disempurnakan dengan baik.
Tujuan ketiga, untuk membangunkan peradaban di muka bumi, ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran bermaksud: Dia menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan pemakmurnya. (Hud:61).
Pengertian yang dapat difahami sebagai pemakmurnya di sini ialah manusia sebagai makhluk yang membangunkan bumi menerusi usaha-usaha seperti aktiviti pertanian, perindustrian, memperbaiki taraf hidup serta menghindarkan diri dan bumi daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya.
Ilmu etika atau akhlak (tasawuf) adalah satu bidang ilmu yang sangat berkait rapat dengan alam sekitar.
Sememangnya kod etika pemeliharaan dalam bahasan etika atau akhlak dianggap sebagai salah satu rukun tasawuf.
Sebagaimana definisi oleh golongan tasawuf bahawa `kejujuran berserta kebenaran, dan etika (akhlak) berserta ciptaan,' sudah pasti alam sekitar adalah sebahagian daripada ciptaan yang dinyatakan tersebut.
Allah s.w.t juga telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
``Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-orang yang berbuat kebaikan.'' (Surah An Nahl:128)
Berdasarkan kepada ayat di atas maka agama adalah perintah untuk beriman dan bertakwa kepada Allah dan berbuat baik kepada sesama makhluk.
Bertakwa dan melakukan kebaikan adalah landasan utama untuk seseorang itu terus berada pada jalan atau agama Allah.
Sehubungan itu, tuntutan ini harus dilaksanakan pada setiap waktu dan keadaan serta kepada setiap makhluk yang ada di alam ini.
Dengan itu melakukan kebaikan terhadap alam sekitar yang menjadi elemen utama alam ini adalah sebahagian daripada tuntutan untuk menjadi hamba yang bertakwa dan diredhai Allah.
Lanjutan itu juga terdapat pelbagai perintah Allah supaya manusia memberi perhatian dan berbuat baik kepada alam sekitar berserta dengan seluruh unsur yang dikandungnya. Iaitu berbuat baik kepada sesama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, air, udara dan tanah.
Berbeza dengan Barat yang menganggap bahawa antara punca menyebabkan berlakunya kemerosotan dan kerosakan alam sekitar ialah bertambahnya jumlah penduduk dunia dan permintaan terhadap sumber alam semakin meningkat, maka al-Quran menyatakan bahawa nikmat Allah itu tidak dapat dihitung, sumber-sumber alam itu adalah sangat banyak dan subur.
Hanya manusia yang terpedaya dengan sikap zalim dan kufurnya kepada nikmat Allah.
Kezaliman dan kekufuran terhadap nikmat Allah menyebabkan ketidakseimbangan pada alam, dan seterusnya memberikan akibat kepada kehidupan manusia.
Memahami
Sekiranya kita membuka kitab fikh, antara perbahasan pertama yang dinyatakan ialah yang berkaitan dengan Thaharah (perbahasan mengenai tatacara bersuci), yang terdapat padanya pembahagian najis, cara-cara mensucikannya serta pembahagian mengenai jenis-jenis air. Semua ini berkaitan dengan interaksi manusia dengan alam di sekitarnya.
Islam mendidik umatnya supaya memahami bahawa pemuliharaan alam sekitar tidak hanya dibahas dalam ilmu fikh sahaja, tetapi juga dalam usul fikh, terutamanya dalam tujuan-tujuan syariat (maqasid syariah).
Tujuan ditegakkan syariat itu sendiri adalah untuk menjaga agama, diri (nyawa), keturunan, akal dan harta benda.
Syariat-syariat itulah yang kemudiannya dinamakan dengan `al dharurah al khamsa' membawa erti lima kemaslahatan dasar yang menjadi asas tegaknya kehidupan manusia.
Lima perkara tersebut kemudiannya dijadikan rujukan terhadap keperluan-keperluan asas, di mana manusia tidak mampu hidup dengan sempurna tanpa lima perkara ini.
Apabila kita melihat dengan lebih mendalam kita akan dapati bahawa hal-hal yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pelestarian alam sekitar terkandung dalam kelima-lima maslahat asas di atas.
Sebagai orang Islam, kita perlu memahami bahawa segala usaha untuk memelihara atau membaik pulih alam sekitar adalah sama halnya dengan usaha menjaga agama. Ini adalah kerana segala kemungkaran dan dosa mencemari dan memusnahkan alam sekitar sebenarnya mengganggu intipati hidup beragama kerana secara tidak langsung menodai kewujudan manusia di muka bumi ini.
Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ihsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan.
Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia. Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya.
Oleh hal yang demikian manusia perlu ingat bahawa ia dilantik sebagai khalifah Allah di atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan diminta pertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya.
Perbincangan mengenai ilmu syariat, bermula dengan ilmu usuluddin, ilmu etika (akhlak) dan usul fikh, semuanya bersumberkan kepada al-Quran yang merupakan rujukan paling utama. Ini adalah kerana segala hukum, kaedah-kaedah yang dikeluarkan, serta kesimpulan yang dibuat tidak akan diterima sekiranya tidak disandarkan kepada al-Quran dan sunah.
Sesungguhnya al-Quran juga memberikan perhatian yang sangat besar kepada alam sekitar sama ada secara langsung ataupun tidak.
* Petikan kertas kerja Abu Bakar Yang, Pegawai Penyelidik, Pusat Sains dan Teknologi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berjudul `Pendidikan Alam Sekitar Di Malaysia dari Perspektif Islam' yang dibentangkan pada Seminar Islam Hadhari: Kefahaman Mengenai Pemuliharaan Alam Sekitar baru-baru ini.
Posted by shirah abdullah at 9:20 PM 0 comments
Islam dan Pengurusan Bencana alam
Bencana alam datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada sesetengah bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Bencana alam telah berlaku di muka bumi ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Namun, kejadian ini akan hanya dikenali sebagai bencana hanya apabila ia melibatkan kehilangan nyawa manusia. Walaupun bencana yang datang meninggalkan kesan yang menggerunkan namun amat penting dan menarik bagi kita mengetahui dan mempelajarinya.Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat dari proses semulajadi alam. Namun, dalam keadaan tertentu, bencana alam juga boleh berlaku akibat dari campur tangan manusia. Dalam kes-kes yang lainnya, kesan-kesan dari bencana alam meningkat intensitinya akibat tingkah-laku manusia di dalam alam ini.Di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Walaupun begitu, antara bentuk-bentuk bencana yang kerap direkodkan di negara ini adalah banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower (1993), Tragedi Pos Dipang (1996), Tragedi Ribut Greg di Sabah (1996), kejadian tanah runtuh di Gombak (2004) dan banyak lagi. Manakala, tragedi hempasan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu merupakan yang pertama kali berlaku dan tidak mungkin kita semua lupakan.Tragedi-tragedi alam ini boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia di bumi ini. Ayat 41, surah Ar-Ruum menyatakan; "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" Ayat ini membuktikan bahawa bencana alam yang berlaku di muka bumi ini ada kaitannya dengan perilaku manusia yang tidak berhemah kepada alamnya.Oleh itu, umat manusia sentiasa diingatkan supaya tidak "mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan" (Surah al-Baqarah, 2: 195). Tindakan-tindakan manusia yang mengganggu dan memusnahkan keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia ke arah kemusnahan. Ini kerana, hubung kait antara manusia dan alam sangat rapat. Manusia yang memusnahkan alam boleh diibaratkan sebagai memusnahkan kehidupannya sendiri.Sementara itu, dalam apa jua keadaan, manusia diarahkan untuk membuat persediaan, sama ada persediaan untuk menghadapi sesuatu yang buruk atau membuat persediaan untuk melakukan sesuatu yang baik. Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. sering mengingatkan manusia untuk bersiap sedia. Ayat 71, surah An-Nisa' (4) menyatakan "bersedialah dan berjaga-jagalah" dan ini membuktikan bahawa membuat persediaan sebelum sesuatu berlaku atau sebelum melakukan sesuatu bukanlah satu perkara asing bagi Islam.Di dalam al-Quran juga diceritakan tentang nasihat Nabi Yusuf kepada Raja Mesir. Raja Mesir telah bermimpi melihat tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus serta melihat tujuh tangkai biji-bijian yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Dengan itu, Nabi Yusuf a.s. mentafsirkan bahawa negeri Mesir bakal berhadapan dengan tujuh tahun musim kemarau. Oleh itu, rakyat Mesir diminta bersiap-sedia bercucuk tanam dengan bersungguh-sungguh selama tujuh tahun bagi menghadapi musim kemarau itu.Dalam kisah di atas, persediaan yang rapi dilakukan bagi menghadapi bencana kemarau. Oleh itu, semasa musim kemarau tiba, mereka sudah mempunyai cukup makanan untuk berhadapan dengan bencana tersebut. Bukan itu sahaja, penduduk negeri tersebut juga telah menyimpan biji benih yang baik untuk� ditanam semula selepas musim kemarau berlalu. Lihatlah betapa persediaan merupakan sesuatu yang perlu dilakukan bagi menghadapi bencana.Samalah halnya dengan usaha untuk membangunkan satu sistem amaran awal bencana. Ini merupakan satu bentuk persediaan yang memang dituntut dalam Islam. Sistem ini akan membantu kita mengesan kemungkinan berlakunya bencana alam. Dalam kes bencana Tsunami, sistem tersebut boleh mengesan gegaran yang akan menyebabkan Tsunami berlaku. Sistem ini terdiri daripada unit-unit seismograf (alat pengesan gempa bumi), pengesan ombak dan alat DART. Alat DART inilah yang akan menilai dan melaporkan kewujudan dan intensiti ombak Tsunami selepas gempa bumi di lautan berlaku.Pada ketika ini, sistem amaran ombak Tsunami di Lautan Pasifik telah terbukti berkesan menyampaikan maklumat berkaitan bencana ini. Misalnya di Jepun, sebelum pembinaan sistem ini, 14 kejadian Tsunami telah mengorbankan lebih 6000 orang di Jepun. Dengan pengenalan sistem ini, terdapat 20 kejadian Tsunami yang mengorbankan 215 orang sahaja. Ini membuktikan bahawa sistem tersebut yang disokong sistem komunikasi yang cekap di negara-negara Lautan Pasifik memang berkemampuan memberikan maklumat yang betul berkenaan ombak Tsunami.Oleh itu, peranan sistem komunikasi juga amat penting. Sistem amaran awal ini tidak akan dapat berfungsi dengan baik jika jaringan komunikasi negara-negara di Lautan Hindi tidak cekap. Jaringan komunikasi ini penting bagi memastikan maklumat bencana dapat disampaikan secepat mungkin kepada negara-negara yang terlibat. Apalah gunanya sistem yang menelan belanja RM76 juta ini jika maklumat yang diperolehi itu tidak dapat disalurkan kepada negara-negara penerima bencana.Dalam pada itu, pembangunan sistem amaran awal ini mesti disertakan dengan program kesedaran awam. Orang ramai mesti dididik dengan maklumat yang tepat berkenaan bencana ini. Mereka mesti disedarkan akan kemungkinan bahaya yang bakal mereka hadapi dan bagaimana hendak berhadapan dengan bahaya tersebut. Program kesedaran ini juga akan menyokong kejayaan sistem amaran awal yang bakal dibina kelak. Dengan program kesedaran dan pendidikan, orang ramai tahu bagaimana hendak bertindak dalam keadaan bencana yang melanda.Kejayaan keseluruhan sistem ini harus dikaji secara menyeluruh. Jaringan komunikasi dan kesedaran awam memang penting. Seperkara lagi, usaha meningkatkan keyakinan awam akan bahaya Tsunami juga sangat kritikal. Di Hawaii, sistem amaran awal bencana Tsunami memang terbukti berkesan menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Selain itu, program kesedaran akan bahaya Tsunami juga telah dirancang dan diimplementasi dengan baik.Walau bagaimanapun, menurut Dr. Walter Dudley dari University of Hawaii, program kesedaran yang dijalankan belum tentu dapat meyakinkan orang awam akan bahaya ombak Tsunami. Di Hilo, Hawaii, bencana Tsunami telah beberapa kali berlaku. Walaupun begitu, amaran Tsunami sering juga diabaikan kerana penduduknya tidak begitu yakin dengan amaran tersebut.Ketidakyakinan ini timbul kerana terdapat beberapa kes di mana amaran yang dikeluarkan tidak begitu tepat. Di Hilo, pernah berlaku satu kes di mana amaran ombak Tsunami dikeluarkan tetapi ombak yang tiba hanyalah setinggi enam inci. Dalam kes ini, pengetahuan orang awam tidak disertai dengan keyakinan. Oleh itu, cabarannya adalah untuk meyakinkan bahawa bahaya ombak Tsunami benar-benar wujud dan boleh membawa kebinasaan.Berdasarkan penjelasan di atas, terbukti bahawa kerajaan atau mana-mana agensi yang terlibat mempunyai tugas yang berat untuk menyediakan program kesedaran yang bermanfaat kepada semua pihak. Walau pun sukar, usaha itu mesti terus dijalankan. Jika tidak, sia-sialah pembinaan sistem amaran awal bencana yang bakal dibangunkan itu.Perlu juga diingat bahawa pembinaan sistem amaran awal bencana ini bukanlah untuk melawan kuasa Ilahi. Ia hanyalah sekadar satu usaha untuk membuat persediaan terhadap kemungkinan tibanya bencana. Ini samalah juga dengan usaha seseorang untuk mencegah penyakit sebelum penyakit itu datang. Dengan persediaan itu, kita akan lebih bersedia, tabah dan sanggup menerima dugaan yang Allah s.w.t. berikan.Pun begitu, kita akur bahawa usaha mengesan bencana dengan lebih awal bukan satu jaminan kita akan bebas dari bencana tersebut. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ahzaab (33), ayat 17 yang bermaksud, "Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka".Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa tiada apa pun yang dapat menahan bencana dari berlaku. Walau bagaimana pun, manusia masih perlu berusaha untuk mengelak atau mengurangkan kesan bencana alam tersebut. Oleh kerana itu, usaha untuk membangunkan satu sistem amaran awal bencana Tsunami di negara ini amat dialu-alukan. Walaupun sistem ini tidak dapat menghalang bencana tsunami namun terbukti system tersebut dapat meminimumkan kesan bencana Tsunami kepada manusia.Di dalam alam ini, manusia sungguh �kerdil�. Sekali alam bertindak manusia pasti tidak dapat mengelak. Lebih-lebih lagi jika manusia itu leka dan alpa. Oleh itu, insaf dan ambillah iktibar dari bencana yang telah berlaku serta berusahalah untuk lebih berhemah dalam segala urusan di muka bumi ini
Posted by shirah abdullah at 8:52 PM 0 comments
penggunaan air dalam perundangan islam dan kelestarian alam sekitar
buat sume kekawan..maaf kerana sudah lama tidak menulis blog ini,,nak kata sibuk tak sibuk tapi pabila malas menguasai diriku, tiada ungkapan atau perbuatan yg bisa mngatasinya..hehehe
alhamddulillah..buat sahabat2 aku yang dah menamatkan pengajian kuucapkan tahniah..n welcome to our corner(penganggur bertauliah),,hehhe..
buat rakan sekerja di pusat sains yg dapt keje lain , K.ta, abg Pian,Mak noi,tipah,dal(walau sehari jek keje), cek wan,...wish u all da best..kenang2kan la masa indah kita semasa di PSN yg `tercinta` itu..buat Ummu, mimi, k aniey n yunus..selamat bekerja di PSN..aku akan tetap mengingati kalian semua..kerana aku akan tetap keje part time kat sana..huhuuhu
nyway..aku ingin bercerita tentang kerjaya baruku kini sebagai RA atau Research Assistant dalm omputihnye,.. aku menjadi RA kepada Dr Raihanah Abdullah, merupakan x penyelaras sains gunaan dengan pengajian islam..(kos aku la tu)..
actually mungkin aku ni bernasib baik kerana dapat peluang keemasan ni..mungkin Allah dah takdirkan kerana tajuk projeknye pun bersesuaian dengan bidang aku ambik iaitu ALAM SEKITAR..tapi lebih fokus pencemaran ayaq(air) dan perundangan islam..
nak dijadikan citernya..aku memang wat projek final year tentang air....inilah kebetulan yang memang memang betul laa...hehehhe
terus aku pun mula la bekerja skang at APIUM di jabatan Syariah Undang2..besa la mula2 dtang ni banyk yg tak tau..terus aku kn la blaja sdikit2..emangnya projek blum stat jadi banyak masa dihabisin dengn mencari maklumat n membaca artikel2 yg perlu... (sambil chatting, fs,...)..
papepun..boring masih menguasai diriku..kerana ketiadaan kerja..so, aku akan cuba mencari keje dan membuat2 keje yang bagi mengadakan keje..huhuhu..
Posted by shirah abdullah at 8:28 PM 0 comments