BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 27, 2013

aku muslimah sejati

Bagaimana agaknya kita tanpa agama
Bagaimana agaknya aku tanpa agama
Dulu aku pernah terlintas mahu jadi macam dia
Dia ialah jiran cinaku
Hidupnya sangat baik bersama keluarga yang baik
Cina yang baik dan elit

Suatu hari,
Aku dan jiranku,
Sama usianya
Berjumpa di situasi yang berbeza dan fikrah yang berbeza
Dia makin hanyut.
Dia memang Berjaya
Dia memang cemerlang
Tapi dia kulihat macam belum puas
Mencari kebahagiaan diri sendiri

Aku,
Yang dulu pernah impikan untuk berada di tempatnya
Bersama keluarganya
Kini bersyukur
Dijadikan diri ini
Dalam keluarga ini
Biar kadangkala masih lalai
Kadangkala masih mencari halatuju
Kadangkala masih terumbang ambing
Kadangkala masih sesak bernafas
Aku bahagia bersama keluarga ku
Bersama lengkap keluargaku
Aku ada semua
Arwah abang-abangku, abang,kakak-kakakku, dan arwah adikku
Aku sudah punyai semua.
Walaupun tidak pernah berjumapa abang-abang kembar
Walupun tidak bisa dan pernah jumpa arwah adik lelakiku.
Aku bahagia...
Kerana aku yakin akan berjumpa mereka di sana..
Aku akan berjumpa mereka di syurga

Alhamdulillah
Walaupun tidak bisa hidup mewah
Tidak bisa makan mkanan mahal dan lazat
Tidak bisa memakai pakaian mahal dan berjenama
Aku bisa rasai keindahan itu semua dalam sebuah keluarga

Terima ya Allah
Kerana jadikan aku muslim
Kerana jadikan aku sebenar benar muslim
Aku bangga dengan gelaran ini

Aku muslimah sejati…

0 comments: