BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 9, 2013

Tersingkap yang Fana


Segala prejudis sudah ternyata
Segala ekspresi sudah di muka
Segala kondisi bagaikan buta
Bila segala tribulasi dibiarkan sahaja
Oleh mereka yang berpangkat dan berharta

Rakya dibiar hidup derita dan merana
Mencari definisi hidup yang didamba
Pelbagai janiji penguasa dikota
Tapi sampai bila rakyat ini perlu diaota
Dipinggir tika tiada guna
Dicari bila perlu suara dan undinya

Kenaikan matawang dunia makin dirasa
Ringgit kita menjunam kira
Bagaimana mampu kita merasa selesa
Jika penguasa hanya pejamkan mata
Yang sederhana bisa hidup semampunya
Yang miskin bertambah peritnya
Yang kaya hanya memandang tanpa rasa.

Inilah kehidupan dunia
Bila yang berkuasa tiada nilai rasa
Rakuskan dunia, akhirat ditinggal buta-buta
Beginila nasib kita manusia di hujung dunia
Yang kaya akan terus kaya
Yang miskin akan terus merana
Yang sederhana hanya dengan angan-angannya.

Bila cuba membangkang dikira pengganas
Bila diikut dikira pak turut
Bila berkecuali dikira pengecut
Inilah presepsi manusia yang jelas
Bila berpegang pada satu iktikad
Duit itu segala dan bebas
Maka yang fana akan tersingkap

Oleh jiwa yang inginkan timbal balas

0 comments: