BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 29, 2013

DIA


Wahai DIA..
Dia hadir dalam hidupku tanpa kuminta
Dia  hadir tika diri ini tiada siapa
Dia hadir hulurkan rasa
Dia  pergi tanpa sapa

Wahai Dia
Saat ini memori itu datang
Saat ini hati rasa sangat sayang
Bila teringat akan kenangan
Antara kita berdua
Di kala hati sama-sama sakit
Di kala hati sama-sama marah
Kita saling sama meluah

Wahai DIa
Saat kau senyap dan sendu
Hatiku mula terkedu
Dikala sapaanku
Tiada jawapan darimu
Kau diam tanpa kata
Sehingga dirimu kutahu sudah berpunya
Kini ku tahu apa maksudnya
Diam dan kelu tanpa berbahasa

Wahai Dia
Kau hadir tanpa aku minta
Kau sapa tanpa ku sangka
Tapi bila tiba saat bahagia
Akhirnya aku hidup seorang merana

Wahai Dia
Tahniah diatas segala
Tahniah kau sudah Berjaya
Melukai hati dulu kau puja
Tanpa beri seribu kata
Ia berlaku salah siapa
Aku bukan insan sempurna
Bisa tahu apa kau rasa
Aku bukan wanita yang sempurna
Bisa jadi setanding kau di sana

Wahai Dia
Semoga Dia berbahagia
Disamping insan baru dicinta
Aku hanya menumpang rasa
Di ruangan kalbumu semata
Hatiku sakit dan gembira
Melihat Dia disamping yang dicinta
Membayang jika aku ditempatnya
Suatu masa dahulu kala
Memang itu suratanNYA
Kita hanya manusia biasa
Hati kita Allah yang cipta
Setiap yang terjadi sudah di tulisNYA
Namun Dia masih dihati
Mengapa sukar aku hindari
Adakah dia sesempurna lelaki
Yang pernah aku kenali..

Wahai Dia
Jangan bimbang dan gusar
Ini hanya warkah hati yang  tercalar
Bisa disembuh namun berbalar
Akanku tunggu dengan sabar
Saat itu  penuh debar
Moga ada berita akan ku khabar
Jika dirimu sudi mendengar..

Namun satu kau harus tahu
Sehingga kini belum kutemu
Insan polos seperti kamu
Bisa buat aku tersenyum sipu
Dengan lagakmu yang amat kurindu
Saat kau perlukan aku
Disaat resah dan jiwa kelabu..

Ketahuilah wahai Dia
Aku masih merinduimu dan mengingatimu
Walau dirimu bukan untukku..





Tuesday, August 27, 2013

PUISI CABARAN CINTA


Cinta kita diuji
Bukan kerana cinta suci
Tapi ini sudah dimeterai
Dalam sebuah ikatan janji
Antara kita dan Ilahi

Apakah kita harus pejam mata
Sekiranya kita dibiar hidup sengsara
Tanpa cinta dan kasih segala
Bagaimana hidup tanpa DIA
Biarlah kita rasai kehadirannya
Bukan untuk memisahkan kita
Tapi untuk menyedarkan kita
Cinta ini dari DIA dan KernaNYA

Bagai Malam tiada kelam
Bagai siang tiada sinaran
Kita lupa arti sebenar kehidupan
Bila kita lupa DIA difikiran
Bagaimana Siang itu diberi sinaran
Bagaimana malam itu ditutupi pancaran

Kisah cinta biarkan hilang
Jika ia membawa rintang
Biarlah DIA yang maha Rancang
Tentang kisah percintaan yang panjang
Tiada jawapan dan soalan
Bagi mereka yang sudah diyakinkan
Bahawa setiap insan sudah dijanjikan
Kisah cinta yang berkekalan
Sehingga tiada rasa perlu coretkan
Tiada kata perlu diungkapkan
Tiada budi perlu dilunaskan
Tiada jiwa perlu dikorbankan

Hanya perlu kentalkan rasa
Kuatkan jiwa di raga
Agar cabaran ini dapat teroka
Bukan hanya cabaran cinta insan semata

Inilah cabaran cinta dari yang maha Esa..

Thursday, August 22, 2013

Alahai Lady BOss

Dah lama aku x bercerita pasal kerjaya aku. Alhamdulillah..aku sudah Berjaya meng`upgrade`kan kerjaya aku ke peringkat yang lebih baik..bukan lebih tinggi tp lebih baik aje..upgrading ni lebih kepada pengalaman dan ilmu baru yang aku pelajari di tempat baru..Cuma biasa la setiap tempat ade pro n kons dia kan..di tempat baru ni..aku ditempatkan di HQ dulu sementara projek baru di putrajya akan bermula..pada bulan pertama..aku sangt seronok koz aku banyak travel ke site2 lain..banyak benda aku blaja tempat site lain..dari segi pengurusan, site, and pelaksanaan kawalan alam sekitar..
Tapi masuk bulan kedua..baru BOS aku telah menunjukkan taring dia..aku xtahula bagaimana bekerja dengan bos perempuan lebih2 lagi `cha` `ya` `nun` `alif`.. bos pertama aku dulu smasa RA di UM juga perempuan tp saaangat baik and caring..Aku bukan racist..tp bagaimana layanan seorang ketua kepada anak buahnya atau pekerja?? Perluke menunjukkan rasa kuasa yg Allah pinjamkan untuknya?? Perlu ke bersikap sombong bongkak dan tunjuk pandai depan semua orng?? Mungkin sebab dia bukan islam so dia xbelajar benda2 macam ni..tp ramai je aku jumpa bos2 perempuan yg bukan melayu yang sanagt baik dan sporting..Dia pun manusia juga..dan dia pon thu setiap manusia ade perangai masing2.
Bulan kedua dan seterusnya…aku dapat rasakan site team di anak tiri kan..sume benda yg km nak lakukan susah nak dibuat gara2 dia..aku sudah bnyk bersabar dengan karenah dia..cuba think positive..cuba develop diri balik selepas dihambur kata2 yg kurang enak yang boleh melemahkan semangat aku.. apabila dapat khabar angin bahawa kami (site team) akan lebih lama di HQ..bagaikan runtuh jantungku..sampai bila aku boleh bertahan dengan dia..aku sudah mula mencari keja lain..bukan sebab aku tidak suka keje aku skarang,..tp aku tidak suka perangai bos aku di HQ..PM aku sangt baik..juga seorng chinese..tp lelaki..mungkin kerana lelaki ni memng ditakdirkan sesuai menjdi ketua..emosinya stabil sahaja n tidak menggunakan kata2 yg boleh meruntun jiwa seperti perempuan…aduhai perempuan..kaum sejenisku..
Sekarang aku hanya mengikut flow sahaja..apa yang disuruh aku buat sahaja..malas nak layan n amik pusing sangat..aku tau aku bukan sehebat EO lain di HQ..aku belom boleh mengadaptasi lagi kehidupan di HQ..so jangan ingat aku layak menjdi seperti mereka..sentiasa berinfomatik setiap kali ditanya..mereka sudah tahan di maki n marah.tp bukan aku..mereka sudah 2-3 tahun bersama kamu..mereka sudah masak dengan perangai manusia ini..
Pengajaran yg aku dapat di HQ ini..suatu hari nanti jika di takdirkan oleh Allah menjadi ketua, aku akan pastikan sume anak buah aku tidak takut pada aku..tp hormat pada aku..serta akan menjdi yg flexible dngn pekerja bawahan..anggapla mereka seperti kita semasa kita dibawah dulu..kita hormat orng..maka orang akan hormat kita..kita sakiti orang, x mustahil suatu hari nanti orng tu sakiti kita atau lebih hebat lagi balasan Allah tu sendiri terhadap kita.


 bilik yang menyala lampu tu bilik Lady Boss aku..huhu
 ni plak tempat aku wat keje..keje la sangt..EO2 sini da xtau nak bg aku keje ape da..huhuuhu

ni plak budak trainee under Sabi..pon asyik stress ngn Lady boss gak katanya..kitorng x dibenarkan masuk training..Bagus punya bos aku..ilmu pon xnk bg kt orng site...semoga Allah membaals segala` perbuatan` dia tu..ameen..

Wednesday, August 21, 2013

Bakal suami/bakal imam yang memimpin ke syurga

Melihat ramai sudah bersuami di kalangan sahabat dan saudara, memang secara tidak langsung telah membuatkan aku sedar betapa kita dijadikan di dunia ini perlu berpasangan..Allah da jadikan pasangan masing2 di luh mahfuz lagi..Cuma mungkin masanya belum lagi tiba bagi aku.. siapa tidak mahu dikasihi, dicintai..manusia mmng dijadikan dengan penuh kasih sayang yang Allah pinjamkan dr sifat Ar Rahman dan Ar RahimNYA.
Melihat sahabat berbahagia aku cuba membayangkan kebahagiaanku sendiri..bila? Hanya Allah yang tahu..ia diluar kuasa aku..

Cuma.. baru2 ini aku sangt terkesan dengan kehidupan manusia yg aku sayangi disekeliling aku..
Banyak contoh yang aku dapat dr orang sekeliling aku yang sudah bersuami..sehingga aku berfikir apa guna bersuami kalu dia yang membawa kita NERAKA…
Aku berkata bukan main hentam aje..aku berkata berdasarkan pemrhatianku terhadap orng yang berada disekeliling aku dan rapat dengan aku..
Kisah pengajaran Pertama:
berkahwin dengn suami yg tidak solat..mungkin orng nmpak perkara kecil je..solat je kan..sumenye boleh diubah lpas kawen..ye bagi si isteri yg kuat ..tp bukan bg si isteri yg macam lalang…bagaimana seorng suami mampu memimpin dan membimbng si isteri dan anak2 jika diri sendiri pon tidak dapat dipimpin ke jalan yang betol..bagaimana kesudahan si suami ini jika dia hnya merasakan bahawa  dirinya akan hidup lebih lama lagi dr orng lain dan perkara asas itu x perlu dilakukan lagi sebelum sampai waktunya..bagaimana si suami ini tahu bila dia akan mati??bagaimana si suami ini tahu bila dia akan berubah?? Bila ia diuji dengan kesihatan , kecelakaan, anak2 yng bermasalah…dia  bukan makin dekat dengn penciptanya..tp makin jauh dan semakin jauh..Ya Allah betapa hitamnya hati manusia bergelar suami ini..
si suami ini..saaangat penyanyang dan setia terhadap anak dan isteri..keprluan harian xpenah diabaikan..mungkin itulah yang didambakan oleh semua isteri2/bkl isteri..di dunia ini..suami itu nmpak seorng yang sangt bertanggugjawab..tp bagaimana tanggungjawab dia kepada Penciptanya?? Adakah si suami ini seorng brtanggungjawab jika telah melaksanakn tanggungjawab sbagi suami dan bapa tp tidak sebagai hamba kepada penciptanya?? Bagaimanakah tanggungjawab dia yg mendidik si isteri dan anak2 ke arah akhirat jika diri sendiri pon tidak bertanggungjawab dengn Allah??
Aku bertanya sendirian…bagaimanakah kesudahan keluarga ini..yg dekat di hati aku..doaku pada mereka..samada si suami mahupun si isteri, sedarlah selagi masih ade waktu..jangan terus terleka..kerana janji Allah akan tiba..setiap orng akan pergi Cuma bila masanya..kita tidak tahu..tp kita perlu sentiasa bersedia. “Ya Allah berikan kepada mereka pengakhiran yang baik semoga mereka akan sama2 menuju ke syurgaMU”

Kisah Pengajaran Kedua:
Si isteri berkahwin dengan si suami (yang juga kurang pengetahuan agama) tapi berdasar cinta. Si suami sangt penyang Cuma tidak pndai menunjukkn kasih sayang pada si isteri..tp memberi 100% kebebasaan kepda isteri untuk membuat apa sahaja..bila si isteri berjya dan bekerjaya..mula melepaskan tanggungjawab nafkah kerana merasa isteri sudah mampu..bagaimana benda ini boleh berlaku kepada si suami yg penyanyang tp akhirnya melepaskan semua tanggubgjawab pada si isteri smada tanggungjawab anak dan rumahtangga..apa peranan si suami?? Bila si isteri keluar malam hingga ke pagi tidak di endahkan..ibadah solat isteri dan anak2 diabaikan…mana tanggungjawab si suami sebenarnya..si suami senang lenang di kedai kopi melepak..si isteri keluar siang mlam..dilepaskan begitu sehingga si isteri sudah pnadai berfoya2 dan curang.. apakah si suami ini dayus??? Atau hanya akan pejamkan mata bagi menutup segala kelemahan si isteri..mana tanggungjawabmu wahai sang suami?? Tahukan kamu doasa isterimu itu kamu yg akan tanggung?? Bagaimana mungkin kamu mahu menanggung dosanya yg membukit sedangkan dosa kau sendiri yang ingkar perintah Allah pon kmu tidak mmpu tanggung nanti..bagaimana kamu mahu menanggung dosa isteri kamu terkapai2 tanpa bimbingan sang suami mendedahkan aurat dan berpegangan tangan dengn bukan muhrim, bersunyi2 sunyian di tempat yg xspatutnya..bagaimana kamu mampu menanggung itu semua..jika kamu tiada bekalan dlm diri kmu..anak2 sudah makin meningkat dewasa, bagaimana perasaan anak sulong kamu melihat ibu n ayah mereka membuat perkara yng tidak senonoh di khalayak ramai??  Dunia ini makin hilang pedoman..bila agama di ketepikan..
“Ya Allah, mana mungkin aku yg hina ini mmpu mengangkat mukaku jika perkara ini berlaku dalam kehidupanku..aku takut Ya Allah..aku tidak kuat..aku lemah..aku perlu seorng pembimbing yg sama2 teguh dengan ajaranMU..aku bukan inginkan kesempurnaan fizikal ciptaanMu biarlah dia sempurna AGAMA demi untuk kami berdua sama2 bercinta hingga ke syurga firdausMU”

Aku akui bukan tiada yang cuba dekati,..tp aku sangt selektif jika melihat pada ibadahnya..
Bagiku biar cukup waktu solatnya dan puasanya barulah dia dikatakan bertanggungjawab..kerana sebenr2 tanggungjawab dia ialah kepada penciptanya yang Agung..jika tanggungjawab itu dia mampu buat dengan tekun dan redha..insha Allah aku yakin dia akan menjadi suami yang betanggungjwab dan juga bapa yg penyayang yang akan memimpin tangan kami anak beranak ke SYURGAMU....

Wednesday, August 14, 2013

Salam 8 SYAWAL..masa berputar pantas..RAMADHAN sudah PERGI...:(

Tetiba diri terasa sayu je bila merasakan syawal ini sudah masuk hari ke 8..sekejap sungguh masa berlalu sehingga aku sendiri rasa belum cukup wakru untuk dihabiskan bersama keluarga..mengapa adanya perasaan aneh itu..rasa belum puas menatap wajah ma abah..tapi itulah lumrah hidup..
Aku hanya mmpu berdoa agar mereka terus sihat dan dipanjangkan usia..kerana bagiku mereka la shaja harta dan permata berharga ku..tiada mereka maka aku akan kehilangan separuh dari kekayaanku..aku akan jd miskin semiskin miskinnya…
Saat dikampung..pelbagai macam persaan ade..
Bila melihat masing2 dengn kluarga baru masing2..
Kakak2 sudah punyai kluarga masing2.abangku dngn life dia..
Aku masih disini..tengah mencari kebahagiaan aku sendiri..biarpun keseorangn
Aku menumpang kasih anak2 buah yg sudi menerima keberadaan ku di dunia smentara ini
Terima kasih faqif, mia n yana…kerana menerima keberadaan Asu dlam hidupmu..
Aku hnya mak saudara yang masih mencaari erti hidup dlm mecri keredhaan Allah
Doaku tidak putus untuk kalian bertiga..
Jadilah anak berguna pada mak ayah kamu serta soleh/solehah agar mak ayah kamu senang di kemudian hari. Doa2 kalian amat berguna agar mak ayah kalian sentiasa di landasan yg betol..kerana kalian adlah harta dan pelaburan mereka di sana.








11 Ogos 2013…tahniah buat sahabtku latifah harun (tip147) kerana telah sah menjadi seorng isteri..semoga terus bahagia membina kluarga yg sakinah wa mawaddah.
Aku tumpang gembira melihat sahabat bahgia.Cuma di hati kecil terdetik..mungkin ini kli terakhir aku berjumap dia.
Sesudah berkawin ramai akn ikut haluan sendiri..aku xsalahkan mereka..kerana mereka sudah ada kehidupan masing2 bersama suami mereka..syurga mereka adalah suami mereka..
Perjalann pulangku bersama haiza bnyak menydarkan km tentang permainan dunia..
Hidup perlukan teman..tp biarla teman itu boleh membawa kita ke syurga..
Aku bersyukur mempnyai teman/sahabat seperti kalian..sntiasa menjadi penunjuk aras/kompas aku ke jalan Allah..

Aku berharap ketemu teman sehidup dan semati seperti kalian..yang akn terus menjadi kompas kepadaku hingga ke syurga..











Last skali aku ingin dedikasikan lagu ini buat semua sahabatku semua..semoga suatu hari nanti kita menjuami bakal`imam` kita yang seindah bait2 lagu ini..
inshaAllah..buat sahabt2 yg masih single n tengah mecari bakal imam masing2 ..