BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 21, 2013

Bakal suami/bakal imam yang memimpin ke syurga

Melihat ramai sudah bersuami di kalangan sahabat dan saudara, memang secara tidak langsung telah membuatkan aku sedar betapa kita dijadikan di dunia ini perlu berpasangan..Allah da jadikan pasangan masing2 di luh mahfuz lagi..Cuma mungkin masanya belum lagi tiba bagi aku.. siapa tidak mahu dikasihi, dicintai..manusia mmng dijadikan dengan penuh kasih sayang yang Allah pinjamkan dr sifat Ar Rahman dan Ar RahimNYA.
Melihat sahabat berbahagia aku cuba membayangkan kebahagiaanku sendiri..bila? Hanya Allah yang tahu..ia diluar kuasa aku..

Cuma.. baru2 ini aku sangt terkesan dengan kehidupan manusia yg aku sayangi disekeliling aku..
Banyak contoh yang aku dapat dr orang sekeliling aku yang sudah bersuami..sehingga aku berfikir apa guna bersuami kalu dia yang membawa kita NERAKA…
Aku berkata bukan main hentam aje..aku berkata berdasarkan pemrhatianku terhadap orng yang berada disekeliling aku dan rapat dengan aku..
Kisah pengajaran Pertama:
berkahwin dengn suami yg tidak solat..mungkin orng nmpak perkara kecil je..solat je kan..sumenye boleh diubah lpas kawen..ye bagi si isteri yg kuat ..tp bukan bg si isteri yg macam lalang…bagaimana seorng suami mampu memimpin dan membimbng si isteri dan anak2 jika diri sendiri pon tidak dapat dipimpin ke jalan yang betol..bagaimana kesudahan si suami ini jika dia hnya merasakan bahawa  dirinya akan hidup lebih lama lagi dr orng lain dan perkara asas itu x perlu dilakukan lagi sebelum sampai waktunya..bagaimana si suami ini tahu bila dia akan mati??bagaimana si suami ini tahu bila dia akan berubah?? Bila ia diuji dengan kesihatan , kecelakaan, anak2 yng bermasalah…dia  bukan makin dekat dengn penciptanya..tp makin jauh dan semakin jauh..Ya Allah betapa hitamnya hati manusia bergelar suami ini..
si suami ini..saaangat penyanyang dan setia terhadap anak dan isteri..keprluan harian xpenah diabaikan..mungkin itulah yang didambakan oleh semua isteri2/bkl isteri..di dunia ini..suami itu nmpak seorng yang sangt bertanggugjawab..tp bagaimana tanggungjawab dia kepada Penciptanya?? Adakah si suami ini seorng brtanggungjawab jika telah melaksanakn tanggungjawab sbagi suami dan bapa tp tidak sebagai hamba kepada penciptanya?? Bagaimanakah tanggungjawab dia yg mendidik si isteri dan anak2 ke arah akhirat jika diri sendiri pon tidak bertanggungjawab dengn Allah??
Aku bertanya sendirian…bagaimanakah kesudahan keluarga ini..yg dekat di hati aku..doaku pada mereka..samada si suami mahupun si isteri, sedarlah selagi masih ade waktu..jangan terus terleka..kerana janji Allah akan tiba..setiap orng akan pergi Cuma bila masanya..kita tidak tahu..tp kita perlu sentiasa bersedia. “Ya Allah berikan kepada mereka pengakhiran yang baik semoga mereka akan sama2 menuju ke syurgaMU”

Kisah Pengajaran Kedua:
Si isteri berkahwin dengan si suami (yang juga kurang pengetahuan agama) tapi berdasar cinta. Si suami sangt penyang Cuma tidak pndai menunjukkn kasih sayang pada si isteri..tp memberi 100% kebebasaan kepda isteri untuk membuat apa sahaja..bila si isteri berjya dan bekerjaya..mula melepaskan tanggungjawab nafkah kerana merasa isteri sudah mampu..bagaimana benda ini boleh berlaku kepada si suami yg penyanyang tp akhirnya melepaskan semua tanggubgjawab pada si isteri smada tanggungjawab anak dan rumahtangga..apa peranan si suami?? Bila si isteri keluar malam hingga ke pagi tidak di endahkan..ibadah solat isteri dan anak2 diabaikan…mana tanggungjawab si suami sebenarnya..si suami senang lenang di kedai kopi melepak..si isteri keluar siang mlam..dilepaskan begitu sehingga si isteri sudah pnadai berfoya2 dan curang.. apakah si suami ini dayus??? Atau hanya akan pejamkan mata bagi menutup segala kelemahan si isteri..mana tanggungjawabmu wahai sang suami?? Tahukan kamu doasa isterimu itu kamu yg akan tanggung?? Bagaimana mungkin kamu mahu menanggung dosanya yg membukit sedangkan dosa kau sendiri yang ingkar perintah Allah pon kmu tidak mmpu tanggung nanti..bagaimana kamu mahu menanggung dosa isteri kamu terkapai2 tanpa bimbingan sang suami mendedahkan aurat dan berpegangan tangan dengn bukan muhrim, bersunyi2 sunyian di tempat yg xspatutnya..bagaimana kamu mampu menanggung itu semua..jika kamu tiada bekalan dlm diri kmu..anak2 sudah makin meningkat dewasa, bagaimana perasaan anak sulong kamu melihat ibu n ayah mereka membuat perkara yng tidak senonoh di khalayak ramai??  Dunia ini makin hilang pedoman..bila agama di ketepikan..
“Ya Allah, mana mungkin aku yg hina ini mmpu mengangkat mukaku jika perkara ini berlaku dalam kehidupanku..aku takut Ya Allah..aku tidak kuat..aku lemah..aku perlu seorng pembimbing yg sama2 teguh dengan ajaranMU..aku bukan inginkan kesempurnaan fizikal ciptaanMu biarlah dia sempurna AGAMA demi untuk kami berdua sama2 bercinta hingga ke syurga firdausMU”

Aku akui bukan tiada yang cuba dekati,..tp aku sangt selektif jika melihat pada ibadahnya..
Bagiku biar cukup waktu solatnya dan puasanya barulah dia dikatakan bertanggungjawab..kerana sebenr2 tanggungjawab dia ialah kepada penciptanya yang Agung..jika tanggungjawab itu dia mampu buat dengan tekun dan redha..insha Allah aku yakin dia akan menjadi suami yang betanggungjwab dan juga bapa yg penyayang yang akan memimpin tangan kami anak beranak ke SYURGAMU....

0 comments: