BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 27, 2013

PUISI CABARAN CINTA


Cinta kita diuji
Bukan kerana cinta suci
Tapi ini sudah dimeterai
Dalam sebuah ikatan janji
Antara kita dan Ilahi

Apakah kita harus pejam mata
Sekiranya kita dibiar hidup sengsara
Tanpa cinta dan kasih segala
Bagaimana hidup tanpa DIA
Biarlah kita rasai kehadirannya
Bukan untuk memisahkan kita
Tapi untuk menyedarkan kita
Cinta ini dari DIA dan KernaNYA

Bagai Malam tiada kelam
Bagai siang tiada sinaran
Kita lupa arti sebenar kehidupan
Bila kita lupa DIA difikiran
Bagaimana Siang itu diberi sinaran
Bagaimana malam itu ditutupi pancaran

Kisah cinta biarkan hilang
Jika ia membawa rintang
Biarlah DIA yang maha Rancang
Tentang kisah percintaan yang panjang
Tiada jawapan dan soalan
Bagi mereka yang sudah diyakinkan
Bahawa setiap insan sudah dijanjikan
Kisah cinta yang berkekalan
Sehingga tiada rasa perlu coretkan
Tiada kata perlu diungkapkan
Tiada budi perlu dilunaskan
Tiada jiwa perlu dikorbankan

Hanya perlu kentalkan rasa
Kuatkan jiwa di raga
Agar cabaran ini dapat teroka
Bukan hanya cabaran cinta insan semata

Inilah cabaran cinta dari yang maha Esa..

0 comments: